Friday 3 October 2008

Pagi Raya


Di pagi Raya, suasana agak sunyi di Sungai Tangkas, tempat sewa saya sekarang ketika menuntut di UKM. Setelah berkemas, saya melangkah ke stesen komuter untuk perjalanan ke Kajang untuk melawat penyelia saya. Tren komuter padat dengan penumpang yang majoritinya warga asing. Warga tempatan dah balik kampung. Kemudiannya, saya proceed to Batang Benar untuk menunggu untuk diambil oleh Sifoo saya untuk beraya di kampungnya di Mantin. Syukur kerana diberi peluang untuk beraya sekali lagi tahun ini. Moga saudara sekalian selamat dalam perjalanan.

Salam Aidilfitri



Satu luahan artis jalanan di Kuala Lumpur kepada semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hati-hati dalam perjalanan.